Kehidupan peribadi Pekin_Ibrahim

Pada tahun 2013, Pekin dilaporkan bercinta dengan pelakon, Uqasha Senrose yang terkenal menerusi drama Tundukkan Playboy Itu. Mereka berdua merancang untuk berkahwin pada 2014, namun dibatalkan.[47] Uqasha memaklumkan yang percintaan mereka telah berakhir pada 3 Februari 2014 atas permintaan Pekin sendiri. Pekin mengakui hubungannya dengan Uqasha sudah tamat dan beliau mempunyai bukti bekas tunangnya itu menjalin hubungan sulit dengan Sharnaaz Ahmad.[48] Malah Pekin juga sudah berpesan kepada Sharnaaz agar menjaga Uqasha dengan baik sekiranya memang benar mereka berdua bercinta.[49][50][51][52]

Pada Oktober 2015, Pekin menafikan khabar angin mengatakan bahawa beliau telah meninggal dunia seperti yang tersebar di laman mikro Twitter. Beliau yang terkejut dengan berita palsu tersebut memberitahu tweet mengenai berita kematiannya tersebar luas sehinggakan ada yang memuat naik gambar untuk mengucapkan takziah.[53][54]

Pada Jun 2016, beliau dilaporkan bercinta dengan seorang model antarabangsa yang menetap di London.[55] Menurutnya, wanita itu sudah pun memeluk agama Islam baru-baru ini dengan menggunakan nama Iman.[55] Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkan hubungan istimewa berkenaan berikutan wanita itu terikat dengan beberapa kontrak kerja.[55][56][57][58]

Pada 24 Julai 2017, beliau mengalami kerugian lebih RM 100,000 selepas motosikal berkuasa tinggi BMW S1000 yang dipercayai telah dicuri. Motosikal miliknya disedari hilang di kawasan rumah rakannya di Seksyen 30, Shah Alam.[59][60]

Abang kandung beliau, yang hanya dikenali sebagai Abang Din meninggal dunia sewaktu mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, Arab Saudi pada 14 September 2018.[61]

Beliau berkahwin dengan pelakon Mona Allen pada 7 Disember 2018.[62][63][64]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pekin_Ibrahim http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/superbike-bm... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pekin-ibr... http://www.beritasini.com/2013/10/pekin-ibrahim-ne... http://www.budiey.com/pekin-lancar-buku-memoir-buk... http://www.budiey.com/pekin-undang-kontroversi-jad... http://www.budiey.com/tattoo-gestapo-teater-saya-i... http://www.imdb.com/name/nm1932988/ http://www.imdb.com/title/tt4124122/ http://www.rotikaya.com/pekin-ibrahim-malas-bercak... http://www.rotikaya.com/pekin-ibrahim-saya-ada-buk...